Wednesday, April 18, 2007

bila diam


Dah lama tak betul-betul diam. Diam sehingga apa yang didengari telinga hanyalah suara dr kepala sendiri. Masa terbaik untuk berfikir. Dan merenung diri.

Mungkin kerana kurangnya diam ini yang menjadikan aku mati idea bila duduk menghadap komputer. Sedangkan banyak yang aku ingin ceritakan. Peristiwa yang aku lihat. Perasaan yang aku rasa. Tak tahu mana hilangnya ....

Hmm...

Aku pernah tulis dahulu, tentang sifat manusia. Manusia yang tak pernah puas hati, sentiasa tamak dan mahukan lebih. Manusia yang lupa bersyukur dan hanya akan ingat bila sudah tiada atau memerlukan. Manusia yang tak boleh hidup bersendirian kerana fitrah yang diciptakan berpasangan. Tentang perasaan manusia yang tidak kekal, sepertimana tidak kekalnya manusia itu sendiri.

Mengetahui hakikat manusia begini, kenapa nak dikeluh-kesahkan atau disedihkan dengan perkara-perkara yang suatu hari nanti akan lenyap dan hilang dari hidup kita. Yang tidak kekal. Manusia akan mati. Memang akan sangat sedih dan merana, tapi Tuhan dengan segala kebijaksanaan-Nya yang Maha Agung menciptakan manusia itu perasaan yang boleh berubah-ubah. Rasa sedih takkan lama, satu hari nanti akan ketawa semula. Rasa sayang yang teramat juga ada pasang dan surutnya. Dan yang pergi akan ada pengganti.


Apa yang ada dalam tangan kita hari ni, bersyukur. Apa yang tiada atau hilang dari kita, redha dan percaya pasti ada kebaikan di sebaliknya.


" Ya Allah..jangan Kau lupakan atau abaikan aku, di saat aku menjauh dari-Mu kerana kelemahanku. ..."



2 comments:

Folgore said...

Bila baca entry ko yg ni, teringat aku kepada perkaitan isi entry ko tu dengan beberapa persoalan yang dilontarkan kepada aku suatu masa dahulu:

1) Bila diam, yang didengar ialah suara di dalam kepala, jadi suara siapakah itu? Kadangkala, berlaku satu conversation dalam diri. Maka siapakah sebenarnya yang bertanya, dan siapa pula yang menjawab?

2) Setiap makhluk pasti akan mati. Apakah definisi "mati"? Adakah kita sebenarnya mati, atau sekadar "berpindah alam"? Jika sudah sampai ke peringkat alam terakhir (syurga dan neraka), sebagai makhlukNya yang dijanjikan kehidupan (atau seksaan) yang bahagia (atau pedih) selama-lamanya, bila pula kita akan mati?

Soalan yang simple, tapi menarik untuk difikirkan.

:)

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold f3g6i7ra