Sunday, September 30, 2007

ubat hati



Ubat hati, ada lima perkara..
Yang pertama, baca Quran dan maknanya..
Yang kedua, solat malam dirikanlah..
Yang ketiga, duduk bersama orang soleh..”

Terdengar nasyid dari negara seberang ini dalam radio IKIM.fm masa tengah bawa kereta perjalanan balik ke rumah di Puchong. Terasa sangat Tuhan kasihkan aku. Saat-saat jiwa lalai, diingatkan aku kembali.

Masih ingat lagi, ayah bagi tafsir Quran sehari sebelum aku mendaftar di sekolah SMAPL 12 tahun dulu..( waah…terasa tuanya aku skrg..).
Dan Quran ini lah yang aku kilik ke matriks, ke universiti sehingga ke tempat aku bekerja skrg. Dari kulitnya baru berkilat, sehingga koyak dan terpaksa dibalut. Tetap yang ini.

Tafsir Quran yang menjadi tempat aku memfasihkan bacaan ayat Tuhan. Kalam yang aku dakap dan hadap sejak sekolah hingga sekarang. Teringat kata-kata seorg kawan masa kat universiti dulu..” hadiah terbaik yang kita boleh bagi seseorang adalah al-Quran. Selagi orang itu membacanya, selagi itulah pahalanya mengalir pada kita..”.

Kitab yang menjadi buku cerita terhebat. Kisah manusia, Penciptaan alam semesta. Hukum dalam Islam, tatakrama kehidupan. Kedahsyatan hari kiamat diceritakan dalam surah an-Naba’, at-Takwiir, al-Infithaar, al-Insyiqaaq. Surah al-Waaqiah tentang pembahagian manusia kepada 3 golongan. Surah Al-Fajr dan al-Qiyaamah. Sambil mulut membaca ayat, selang-selikan dengan membaca tafsir ayatnya, aqar dapat lebih menghayati apa yang kita baca.

Dan kadang-kadang tu, bila hati rasa tidak tenang, rasa resah gelisah memikirkan segala macam masalah manusia, masa tengah baca dan belek tafsir, mata akan terpandang beberapa baris maksud ayat. Seolah-olah diberi penawar kepada rasa gelisah, yang menjawab persoalan2 dalam kepala. Betapalah pertolongan Tuhan itu datang di saat kita amat memerlukannya. Dan sekali lagi akan terasa, betapa Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Selangkah kita mencarinya, seribu langkah Dia datang.

Semoga sama-sama kita memanfaatkan Ramadhan, agar tidak rugi dan menyesal melepaskan peluang yg hanya datang sekali dlm setahun. Sebulan untuk tarbiyyah diri yg 'lalai'. Bulan mendidik hawa nafsu dan mensucikan hati. Bulan keberkatan yg setiap saat di dalam bulan ini menjanjikan peluang keampunan dan rahmat yg berlipatganda. Tak tahu nasib kita tahun depan, masih berkesempatankah bertemu Ramadhan sekali lagi...

Doakan saya jugak ye..=]

p/s : ermm..tak boleh nak re-call ayat seterusnya dlm nasyid td, yg keempat dan kelima...anyone nak tolong ? =]



2 comments:

Unknown said...

http://youtube.com/watch?v=yERwLRvpdY4

original version dlm bahasa jawe.
dinyanyi semula oleh PeterPan

Unknown said...

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti ALLOH nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah