Sunday, November 25, 2007

Perihal manusia


Teringat kan satu cerita ..



Dikisahkan Luqman Hakim dan anaknya berjalan merentasi kampung dengan seekor keldai. Ketika Luqman menunggang dan anaknya berjalan, org kampung berkata.." isshh, tengoklah si ayah tu, dia pulak menunggang dan dibiarkan anak yg masih kecil berjalan kaki..".

Sampai di kampung kedua, anaknya menunggang keldai dan Luqman berjalan kaki, org kampung memandang dari jauh dan berkata.." Alangkah tak patutnya si anak, dibiarkan bapa yg tua berjalan dan dia menunggang..".


Setibanya di kampung ketiga, kedua-dua mereka menunggang keldai itu, kali ini org kampung berkata pula.." lihatlah mereka berdua, sampai hati menyiksa binatang keldai itu untuk menanggung bebanan kedua mereka..".


Dan apabila tiba di persinggahan seterusnya, kedua-dua mereka berjalan kaki sambil diiringi keldai, org kampung berkata.." alangkah bodohnya mereka, ada keldai tidak pula ditunggangi.."




What do i learn from this story ?




- Antara sifat manusia - suka memperkatakan hal orang. Kita buat perkara baik, akan ada orang bercerita. Buat perkara jahat, lagi orang sekeliling mengata. Pendek kata, kalau kita sentiasa fikir apa orang akan kata, kita takkan dapat buat banyak perkara dalam hidup kita. Selagi apa yg kita buat tu tidak salah, tidak melanggar ajaran agama, pekakkan telinga dan teruskan kehidupan mengikut jalan pilihan kita. Anggap suara-suara orang sekeliling seperti nyamuk yang berdengung kat telinga. Keep ur head up, and keep moving forward.

Surah al-Furqaan, ayat 63 yang bermaksud :

"...dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.."



- Jangan jadi manusia yang mengata dan mengumpat, bercerita hal buruk orang lain. Mama pernah kata," orang yg boleh bercerita keburukan manusia lain kepada kita, tak mustahil dia juga boleh bercerita keaiban dan perihal kita pd org2 lain ". Cuba elakkan diri dr ter'involved' dgn mengumpat. Tanamkan niat, insyaAllah..Allah akan melorongkan jalan. Apabila berada dlm kumpulan kawan-kawan yg tgh rancak mengata, try to change the topic, or politely excuse yourself from the group.

Surah al- Furqaan, ayat 72 yang bermaksud :

"..dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabia mereka bertemu dengan ( orang -orang ) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya .."



- Manusia dicipta pelbagai. Ada yang begini ada yang begitu. Cara hidup yang dipilih juga macam-macam. Ada yang boleh dijadikan contoh, ada juga yang harus ditaladani. Ada sebab dan tujuan atas setiap kejadian. Belajar daripadanya.

Surah al-Jumu'ah, ayat 10 yang bermaksud :

"...apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.."


Hmm..untuk ingatan diri sendiri yang mudah benar lupa.





No comments: